Assalamualaikum.
.
.
Wa'alaikumussalam.
(Jawab salam tu wajib.. :D.. sebenarnya nak cover gabra.. lama tak merapu.. hiksss)
Hari ini kita akan belajar teknik-teknik menjawab soalan, ya kawan-kawan. Baiklah.... Kejap! Tunggu apa lagi??... dah tau diri tu pelupa, pergilah ambil pen dan CATAT. Maklumat penting ni. :P
Ok. Mari mulakan!
****
Ada seorang budak perempuan berusia 10 tahun mengajukan soalan;
"Akak.... Apa nama FB Akak??"
.
.
Jawapan kakak itu;
"Kenapa??"
Nampak tak?? Tak nampak kaaan?? :P
Kakak itu tidak menjawab soalan sebenarnya. Ini dipanggil Teknik 'Jawapan-Soalan', ya kawan-kawan. Menjawab dengan menyoal semula si tukang tanya itu.
Teknik ini sangatlah sesuai bagi soalan yang jawapan sebenarnya bakal membuatkan kamu mendapat 'malu', sebab takut ditertawakan oleh budak kecik itu jika kamu kata kamu tak ada FB. Duk zaman batu apa akak ni?? tapi pada masa yang sama, kamu 'takut' mahu berbohong sebab ustaz kata siapa bercakap bohong nanti kena potong lidah. Nanti tak boleh rasa kelazatan donat... isk.. sedih. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama..... Errr.. Haaiipp! jangan berbohong!
Tapi perlu diingat, teknik ini tak digalakkan untuk dipraktikkan sepanjang sesi perbualan. Dikhuatiri akan menimbulkan kemudaratan pada diri sendiri bila si tukang tanya naik geram dan mungkin melakukan aksi-aksi yang tak ingin kita lihat. Takuuuuttt.. Ate, kamu ingat kamu budak kecil asyik nak tanya "kenapa??.. kenapa??.. kenapa??". Kalau si tukang tanya tu jenis yang penyabar macam si bapa dalam "iklan burung apa?? burung murai.. burung apa?? burung murai, sayang" tu takpe laaa kaaaan... Errr.. kamu semua penyabar macam bapa burung tu kaaan :D. Boleh tanya banyak-banyak lepas ni. Eh.. Eh.. Eh..
Ok. Hentikan rapuan kau KTS.
Tarik nafas.. Kita sambung teknik seterusnya, ya kawan-kawan.
Tarik nafas.. Kita sambung teknik seterusnya, ya kawan-kawan.
****
Selepas kakak itu memberi jawapan "kenapa??", budak perempuan berusia 10 tahun tadi menjawab,
"Takde laaa.. Boleh add kita.. Hihihi. Akak letak gambar sendiri ke kat profile FB akak tu??"
Jawapan kakak itu,
"Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Muka akak tak layak ke letak kat profile FB??" sambil mencebik muka. Sedih. Diikuti dengan "Huk.. Huk.. Huk.." esakan buat-buatan, sambil menggenyeh mata supaya mata nampak berair.. Kononnya air mata la tu.. Muka masih mencebik, ya.. Sedih tau.
Nampak tak?? Tak nampak gak kan?? :P
Teknik ini lebih kurang seperti Teknik 'Jawapan-Soalan' tadi, ya kawan-kawan, cuma bezanya jawapan soalan itu lebih mendayu dan isk isk isk... sedih! Tak layak ke letak muka sendiri walaupun comot?? Isk.. Isk.. Isk..
Ok. Teknik ini dipanggil Teknik 'Jawapan-Soalan AirMata Neng Yatimah Meraih Simpati'. Ya. Sangat panjang namanya kan. Trend sekarang, kawan-kawan. Nama harus panjang. Baru glemer. :D
Teknik ini sangat sesuai digunakan bila kamu rasa ter'ancam' dengan soalan yang diajukan tapi pada masa yang sama kamu mahu si tukang tanya merasa bersalah (padan muka dia) dan cepat-cepat membaiki mutu soalan dan jawapannya dan cepat-cepat berjanji nak belanja kamu keropok corntos 2 bungkus, agar kamu ceria kembali walaupun........... isk isk isk.. Mencik!! 2 bungkus je?? Donat tak de??
Tapi perlu diingat, teknik ini juga tak digalakkan untuk dipraktikkan sepanjang sesi perbualan. Dikhuatiri akan menimbulkan kemudaratan kepada diri sendiri. Ate, kamu ingat comel sangatlah orang tua mencebik muka?? Menggenyeh mata tak baik untuk kesihatan telinga mata manakala mencebik muka pula tak baik untuk kesihatan otot-otot muka. Rugi Botox yang dah diinject tu. Haaaiipp! Haram membotoxkan diri, ya kawan-kawan.
Tarik nafas.
Ok. Mari lihat aksi budak perempuan berusia 10 tahun setelah diasak dengan Teknik Jawapan-Soalan AirMata Neng Yatimah Meraih Simpati itu tadi.
*****
"Bukaaaaaaan.. bukaaaaaan.. bukaaaaaan. Bukan macam tu. Kawan-kawan kita kata akak dengan abang dorang ada yang guna gambar orang lain." Gigil suara budak perempuan berusia 10 tahun itu.
"Ok la.. Jap lagi kita bagi keropok corntos... " janji budak perempuan berusia 10 tahun itu lagi selepas melihat muka kakak itu masih tidak habis-habis mencebik. Mengada kaaaan kakak itu. :P
Nampak tak?? Tak nampak lagi kaaan??
Sangat berkesan teknik itu. Kalau TIDAK diikuti dengan esakan buat-buatan, mungkin jawapan budak perempuan berusia 10 tahun itu adalah,
"ha'ah... kalau akak letak muka perempuan lain yang cantik, tentu ramai lelaki nak add FB akak... "
Mungkin itu jawapannya. MUNGKIN, ya kawan-kawan.
Takpe. Takpe. Ada juga orang yang suka berkawan dengan perempuan comot kaan.. Err.. ada kaaan ?? Hai. Boleh kenal?? Eh.. Eh.. Eh... Sempat lagi tu. :P
******
Ok. Cukuplah 2 teknik untuk hari ini, kan kawan-kawan. Tajuk entri pun "teknik-teknik menjawab soalan" bukannya "teknik-teknik-teknik-teknik menjawab soalan". kaaaan... kaaan... kaaannn..
Oh. Sebut pasal tajuk entri ini, andai kata laaah, tiba-tiba selepas ini, ada yang TERsampai ke sini sebab :
mengGoogle untuk mencari teknik-teknik menjawab soalan PEPERIKSAAN upsr ke, (tak lama lagi nak mansuh kaan), pmr ke, spm ke, ujian memandu ke,
atau
mengGoogle untuk mencari Teknik-Teknik menjawab soalan TEMUjanjiDUGA ke,
atau
mengGoogle untuk mencari Teknik-teknik menjawab soalan Bapa Mertua ke, (errr.. bapa ai garang tau.. siap sedia dari sekarang :P)
atau
mengGoogle untuk mencari teknik-teknik menjawab soalan Tok kadi ke,
mengGoogle untuk mencari teknik-teknik menjawab soalan Tok kadi ke,
Sori! Selamat berkenalan. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Tak ada teknik-teknik menjawab soalan yang kamu Google tu semua. Tapi kaaaan, boleh juga kalau nak praktikkan 2 teknik tadi. Boleh sangat-sangat.
Eh.. Kejap. Peringatan untuk adik-adik. Jangan jawab soalan periksa dengan soalan. Faham tak?? Kang pening pula penanda kertas. Ok. Selamat Menduduki Peperiksaan.
*****
*****
Ok. Ada apa-apa soalan lagi, kawan-kawan??
Tak ada kaaaan??
(Oh. Ini teknik menyoal orang supaya orang tak soal kita balik..)
Nanti kita belajar teknik menyoal orang pula ya. :D Nanti tu entah bila... :P Eh.. Eh.. Eh..
Tak ada kaaaan??
(Oh. Ini teknik menyoal orang supaya orang tak soal kita balik..)
Nanti kita belajar teknik menyoal orang pula ya. :D Nanti tu entah bila... :P Eh.. Eh.. Eh..
24 sempurnakanku.....???:
Waalaikum salam.
Jawab salam dulu. Nak sambung baca nil. Saya pun gabra juga sbb lama tak baca n3 awak.
Opps masih no 1 rupanya.
Alhamdulillah.
Jangan lupa add saya kalau awak ada fb semula. Boleh berkenalan?
Bapa awak baiklah. Mana pula garang. Mungkin dia suka cara saya mengayat hahaha
Errr........ pap!
Err......... Pap !
Aderk....!
Sakit tangan mama !
Angie ooii.... Mama nak soal satu soalan !
.
.
Napa banyak sangat lalat kat sini ?
Uwaaaaa...................
akk..nak tanya..bile akk nak kawen??haha
.
.
.
teknik menjawap soalan...
.
.
.
haha
wewitttttttt,umah baru ada binatang peliharaan tuhhhhhhhhh.
aku rasa baby baru lahir pun dah ada fb skang ni, apa tunggu lagi,kekekeke.
amboi yb pulun sakan nampak cheq :P
uuu... banyakla lalattttt... Kui kui kui kui kui :P :P
Emmm... Nasib baik budak perempuan berusia 10 tahun tu tak jawab kepada "Jawapan-Soalan Airmata NengYatimah Meraih Simpati" ko tu dengan,
"Bila tengok betul-betul, kita rasa memang tak..." Di ikuti dengan gelak ketawa dengan sungguh kejam...
But then again... Nasib baik budak perempuan berusia 10 tahun tu bukan berguru dengan aku kan? Kalo tak, haruuuusssssss ko bebetul nanges... Kui kui kui kui kui :P :P :P
p/s : ai rasa ai mish yu laa... yu mish mi tak?? Auuww... AMluu~~ :P :P
haha..naseb baik bersoal jawan ngan budak 10 tahun..hahaha.=p
Salam KTS.......
Welcome back !!! Ko sihat??
Ko balik Uganda ke? Lama benor la ko balik kampung di Uganda, Yang.
Aisehhhh, rumah baru. Cat baru. Wait!! Wait seminit....apasal ko bela byk lalat dlm rumah ko ekkk???
Itu je soalan aku. Sekian, terima kasih.
Huhuhuhuhuhu..........
:)
ni lalat ke langau ni.
baaanyaknyer..
suami KTS kerja kat mana ?
teknik menyoal perempuan untuk mengetahui samada dia tu dah kawin ke belum !
sangat mujarrab.
ktsku...
Soalan den:
1.Berapa hantaran?
eh, takleh jawab kat sini?
(oops, sorry...)
Kenapa kts suka lalat?... banyaknya... soalan dari kak Zai ya.
Kak Zai tak ada fb.
saya pong baru nak tanya soalan...tapi Zaitun dah tanya dulu. why lalat??
kts,
bertapa sambil buat kajian ttg fb ke.... :D
huhuhuuuuu..........
nape la dalam banyak2 binatang dalam dunia ni, ko letak lalat????????????
sila jangan guna teknik y ko ajar tu yer....
Nyatanya.. soalan itu tak relevan untuk dijawab dan yang ditanya juga tidak menjawab soalan.. makanya 'tet.. tet .. tet' masa anda menjawab sudah tamat.. hahahaha..
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh waridhwanuh waihsanuh kts,
tumpang lalu,
ragbar - hantaran RM50,000 mcm Cerekarama tu hahaha
ok..
kalo ko ada FB ko add aku yer..
=)
lama betul tak baca rapuan ko...
(betul ker ayat aku??)
hehehehe...
adekah ko letak gambar lalat dlm FB ko?
hehehe (^v^)
*peace no war*
p/s:cube laa jwb soalan nie...pls
corntos je???
Post a Comment