Ibu suka cakap ‘anak bertuah!’ tak pun ‘ bertuah punya budak’ tak pun ‘ bertuahnyaaaaa’ kat anak-anak. Selalunya sambil ketap-ketap bibir. Sambil jegil-jegil mata. Kalau anak itu terlebih tuah, beserta dengan pakej cubitan di peha sekali lah jawabnya. Sakit wooooo… Errr.. anak-anak kreatif begitulah ya. Kurang mendengar kata. Dapatlah banyak hadiah percuma. :P
Kata orang, kata-kata Ibu itu adalah doa untuk anak-anaknya.
Betullah tu. Betul sangat-sangat. Walaupun aku tak pernah dapat hadiah rumah banglo lima tingkat 3 biji atau kereta BMW 8 series 2 biji masa cabutan bertuah, tapiiiiiii… aku memang bertuah, berkat doa Ibu. Eh. Aku pernah dapat Softlan 1 liter untuk cabutan bertuah, ok. Juliet langsung tak dapat apa-apa. Hak Hak Hak! :P Bertuahnyaaaa aku kaaan.
Itu belum dikira dengan SMS yang selalu suruh aku pergi ambil duit RM50,000 sebab menang pertandingan yang tak pernah aku masuk pun. Haiiihh.. Baiknya orang zaman sekarang kan. Buta-buta bagi duit kat orang. Kat emel pun banyak gak hal macam ni. Oh. Jangan risau. Aku tak tamak. Aku tak pergi ambil pun. Nak bagi peluang orang lain rasa tuah aku. :P
Bertuahnyaaaaa aku. kan kan kan. Terima kasih Ibu, untuk doa itu. :D
.
.
** Cerita Tuah Hari Ahad **
“Hey! Kamu sangat bertuah hari ini! Betul-betul bertuah.” Kata seorang amoi selepas membaca keputusan cabutan hadiah bertuahku.
Kan aku dah kata, aku memang bertuah. ;D
Tak. Aku tak dapat semua yang di atas itu. Apa kelas penanda buku bermagnet, payung, t-shirt, cushion, laptop sleeve. K-big pen, K-Pad. Eeiiuuuwww.. Hadiah-hadiah tu bukan untuk standard orang bertuah macam aku, ok. Eksyen yu :P
Taraaaaa..
Aku dapat ini. Wang besar! Wang besar! Eksyen yu :P
“Kamu pergi tingkat 2 dewan 4, dan nanti di sana kamu akan masuk ke dalam bilik vakum. Duit akan diterbangkan dan kamu kutiplah sebanyak mana duit yang kamu boleh dalam masa yang telah ditetapkan.” terang amoi itu lagi.
I feel good, tananananana.. I know that I would. I feel good, tanananana…
Tak sabar nak kutip wang besar! Wah!!! :D
“Lepas ni kita gi makan Pizza! Yeay!” Kata Mawar, adik perempuan merangkap peneman setia, merangkap jurugambar peribadi. Dah terbayang kebertuahan aku la tu. :P
“Yeay!!”
.
.
“Alaaaaa.. mana dewan 4 ni. Dah lenguh kaki ni.”
Dah lebih 5 booth Kaspersky aku tanya, semua kata, "kat depan sana amoi. Kat depan sana." Demi Hang tuah, aku gagahkan diri. :P
Pergghhhh.. Ramai gila manusia. Macam-macam bau ada. Dahlah tak boleh nak shortcut. Semua dewan kita kena masuk walaupun kita nak tuju ke dewan 4. Jahat sungguh strategi mereka. :P
“Ingat senang ke nak senang,“ kata Mawar.
Yang tanda anak panah merah itulah bilik vakum yang akan aku takluki nanti. Cewah! Wang besar, Wang besar!
Masa tengah tunggu giliran tu, (ramai pula orang yang bertuah macam aku hari ni. Pelik.. ) sempatlah rancang strategi macamana nak kaut kertas duit dengan banyak. Basahkan tangan supaya kertas senang melekat. Opppsss.. terbocorkan rahsia pula. ;D
2 orang sebelum aku gelak besar sebab dapat 1 keping wang not biru dan 2 keping wang not biru. Mewah tu!! Wah!!
On your mark, get set, go!!
Perggghhh.. Tangkap lalat lagi senang. Err.. ya. Saya penangkap lalat profesional.(boleh rujuk sini kalau tak percaya.) Boleh hubungi saya kalau berminat dengan khidmat saya. Terima kasih. ;D
4 keping not biru. Tuah!! Tuah!!
"Errr… Takyah makan Pizza la eh.. Gemuk!!" Kata kakak kepada adik perempuan. Ohohoho.. Kakak dikuasai ketamakan. :P
"Hahahaha… kan aku dah kata, bukan senang nak senang," balas adik perempuan dengan gelak yang sangat besar. Sebesar gelak orang-orang yang keluar dari bilik vakum sebelum aku tadi.
Daripada beli pizza lebih baik laburkan dalam BSKL 4 keping not biru ni kan.. ;D Wang besar! Wang besar!
Errr...Bertuahnyaaaaaa aku kan. Jangan jeles!! :P
** Cerita Tuah Hari Isnin **
Ada orang bagi ini. Kunci harta karun. :D
Bertuahnyaaaaaa aku kan. ;D
***********************************
Terima kasih ibu-ibu, untuk doa yang baik-baik.
***********************************
.
Hey. Kamu tau tak, kamu pun sangat bertuah hari ini
.
.
.
.
.
.
sebab dapat baca blog orang bertuah. (Hihihi.. ;D) Tahniah! Tempias tuah tu pasti akan terkena kamu. :P
Kalau nak tambah tempias tuah tu lagi, mungkin boleh cuba minum kopi ini hari-hari.
Oh, tapi jangan minum di siang hari pada bulan Ramadhan ini. ;D Langsung TAK bertuah!
Salam Ramadhan.
Salam Tuah.






28 sempurnakanku.....???:
tahniah kerana dapat empat ringgit. lebih baik dari orang yang dapat tiga ringgit kan.
awak memang bertuah !
hahahahaha. 4ringgit nak beli sekeping pizza pasar malam pun tak buleh.
kunci harta karun? errr...bertuahnya :P
dapat empat keping? banyak tu... memang sangat berTUAH... malam ni, lepas tarawikh (kalu esok posa laa), kita serbu epal beso, okeh? ko belanja... Hahahahahah :P :P
aku minum kopi tuah bungkus kaler kuning tu... bulan puasa nanti, cuma minum time sahur, supaya time kerja tak tersengguk-sengguk... heheheheheh :D :D
Salam Ramadhan...
owh lupa... kunci itu, dibelakang kunci itu, tulisan itu... ada membawa maksud tuah apa-apakah??
adakah aku bakal bertuah dapat makan beriani free?? (terpaksa sebut beriani sebab selalu skang orang buat beriani, nasi minyak dah susah jumpa... huhu~~)
ok, spekulasi liar saja... tapi kalu betul, memang sungguh-sungguh BERTUAH!! hahahahah :P :P
mwahahahaha...gelak besar aku..4 hengget je dok masuk bilik vacuum tu..
ko jalan pegang tangan ngan aku pn dapat 5 hengget..amacam??
Selamat menyambut Ramadhan. Maafkan segala salah dan silap ckLah..
ko pernah buat tiger show ke? Bertuah punya budak hahaha
Selamat menyambut ketibaan Ramadan. Maaf zahir dan batin.
bertuahnye...
RM4...bleyy buat tambang balik rumah buat 2 orang.
hehehe (^v^)
p/s:i pernah dpt toasterx2 & tumbdrive 4Gb utk cabutan bertuah. plz be jealous k! hehe (^v^)
p/s/s: selamat menyambut ramadhan & 0-0 ek
babe...
salam ramadhan,.... :)
tuahnya ada...rezeki je tak berapa nak ada
Alhamdullilah.. nnti leh pos utk duit raya aku ok ;)
ktsku...
Kalau byk...kayo kito.
Takpo den dh tambah untuk ekao.
Timo kasih byk2.
walaupun den memang tahu kau penuh kasih sayang...
Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Bertuahlah tu dapat duit.
Salam KTS...
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga p`olehi k`berkatan di bulan mulia ini.
:)
Salam KTS.
memang bertuah...
selamat berpuasa.
selamat menjalankan ibadah puasa.
awak memang bertuah... saya ni berbuah pun tidak
ops :)
petang nanti baru jwab komen ya
Nape nak tunggu petang baru nak jawab? Tengahari ko bukan balik makan pun. Lainlah Juliet hahaha
al-lavendari,
ya.. lebih baik dr org yg dpt 2 ringgit dan 1 ringgit..
awak pun berHangtuah juga ;D
cik juliet,
eh 4 hengget lepas aar sekeping pizza pasar malam :P
errr.. ya.. kunci harta karun.. ai mmg bertuah :P
pn syah,
epal beso dah ttp lepas terawih... ptg ni masa bebuka aar kita serbu.. ko blanja.. muahahaha :P
aku tak memilih tuah.. errr.. maksud aku warna kopi tuah.. semua aku balun.. ;D tu yg sllu tersengguk2 kat opis.. muahahaha
.
.
errr... kunci tu mmg kunci tuah... teja dah jumpa tuah... hihihi.. TEEEEEEEEEEET.. PnC
:P
hemy,
5 hengget??
waaaaaaaaaaahhh
.
.
.
bertuahnya
.
.
.
.
cembam :P
muahahaha.. :P
ckLah,
salam ramadhan.
Salah dan silap jua kupinta.. 0-0
YB,
bukan kita jumpa kat tiger show ke dulu?? errr.. masa tiger tgh buat show kat circus
.
.
tiger show apa yg ko pikirkan ni hah?? bertuah punya bapak budak :P
YB lagi,
salam ramadhan juga... zahir dan batin sudah dimaafkan ;D
cimon,
ya betul!! pandainya.. tmbg putra lrt pergi balik dr kg baru ke klcc utk 2 org.. bertuahnyaaaaa kan ;D
.
.
ya.. aku jeles dgn kamu.. pinjam toaster boleh?? :D
salam ramadhan juga.. maaf zahir batin.. 1-0 .. eh eh eh... 0-0 ;p
pn kompius,
salam ramadhan ;D
one zaba,
jebat je yg takde ;D
iina,
wokeh.. tunggu!!!! ;D
munsyiku,
terima kasih sbb tmbh TUAH den tu....
den terimo kasih ekao tu... bukan sonang nak dapek kasih ekao, kaaaan :D
kak zai,
duit raya tu.. bole beli mercun... eh eh eh...
salam ramadhan utk akak
zyma,
amin...
ko pun sama.. semoga dpt keberkatan ramadhan..
maaf zahir batin ya
azrina,
terima kasih.. salam ramadhan utk kamu juga...
kakpah,
ya.. marilah sm2 kita menjalankan nya ;D
kucingorengemok,
awak takde buah?? errr... :P
Post a Comment