Sampai pejabat pagi tadi, kawan menghampiri dengan sebungkus plastik kuning besar. Errr... Nak berniaga karpet terbang apa... Maklumlah. Nak raya ni, ramai yang cuba jadi usahawan segera. :D
Kawan hulur plastik kuning besar itu. Berat. Ada bau manis. ;D
"Apa ni??"
"Dari kampung."
.
.
Telan liur basi bila buka plastik kuning itu. Patutlah manis baunya. :D :D :D Buah-buahan tempatan feveretku.. Nasib puasa. Kalau tak, harus habis tadi lagi. :D Tenkiu fren.
.
.
Ada buah pisang. Feveret ever.
.
.
Ni pisang abu, kata kawan.
Sorry abang pisang, Cikgu Noraini masih tak hafal rupa dan nama pisang. ;D Makan pandai laaaaa..
.
.
Ni, pisang cekodok, kata kawan lagi.
Errr... Kenapa pisang cekodok abang pisang hari tu lain rupanya. Yang ni gumukssss semacam. Guna baja apalah agaknya. Errr.. Siapa tau ni pisang apa??
.
.
Paling best, ada rambutan.
Feveret sangat-sangat. ~ please take note ya, kanda ;P
Niat dihati nak sarung kebaya pinggang 24 inci di pagi raya. Niat dihati nak kurangkan makan, tapi................... alahai. Niat sajalah ya. ;D Errr... Bukan apa, Pn Syah kata hari tu, mak mertua dia kata, membazir tu amalan syaitoooooon. Tak baik ikut perangai syaitoooon kan. Jadi, mari kita sumbat segala yang ada di tempat yang boleh disumbat. :D
Buah rambutan sepokok pun boleh aku habiskan. errr.. rasanya laa.. Belum pernah cuba lagi sebab tak ada pokok rambutan sendiri. Nak cuba habiskan buah di pokok rambutan tuan al-lavendari orang, kang tak pasal-pasal kena buang daerah. :P
.
.
Alhamdulillah. Bulan Ramadhan ni, rezeki sangat murah. Penuh satu meja makan dengan hidangan. Errr.. Bukan tamak. Aku Ibu masak memang cukup-cukup je. Tapi yang orang bagi tu yang banyak. Orang tu bagi sikit, orang ni bagi sikit, lama-lama penuhlah meja dan bawah meja.
.
.
Oh. Sebelum terlupa, satu lagi hadiah dari kampung.
.
.
Buah milo. (buah??) Feveret juga.
Errr... Kampung ko ada tanam pokok milo ke beb?? Yang 5 kg punya takde ke??
Banyak la ko punya cikadak. Beri betis nak peha. Hakhakhak
Sesiapa yang nak BENIH pokok milo ni, boleh berurusan terus dengan kawan aku. :P
Sekadar mengingatkan diri sendiri :
Jangan pernah lihat hadiah daripada bentuknya. Lihat daripada niatnya. Insyaallah, hadiahnya terasa saaaaaaaaaaaangat indah.







39 sempurnakanku.....???:
ADEH..RAMBUTAN KUNING FAV CGG
murah rezki ko dibulan mulia ni... x baik membazir biar pun pinggang x jadi 24 dah! kan...
betul2...
jgn membazir....
ko tinguk pinggang aku.... dh takde shape dhhh...
hahahahahah...
tuan.
disini saya berhadapan dengan sedikit masalah dan memohon petunjuk tuan untuk merungkaikannya.
ada pun tuan suruh lihat hadiah dari niatnya dan bukan bentuknya. maka di sini ingin diberitahu, tidaklah dapat akan saya melihat akan niat si pemberi itu.
saya cuma dapat melihat akan bentuknya (itupun luaran) sahaja.
kesian pak abu, pisang dia di ambil orang !
nAK LAGIII X??? kat rumah Eiba masih bykk rambutan..amik lar yerrr..hikhikhik...
p/s: buah rambutan saya dah solosai. nanti kalau berbuah lagi, datanglah, ambillah buahnya dan tinggalkan pokoknya. lagipun dia diluar pagar .. hak milik awam gitu.
hehehheee.......
aku suka makan buah rambutan jer.....
kait aku x pandai....
kat rmh aku byk lagi ni... tp rambutan merah ler.... buakn kuning!
aduh..KTS...kau suka buah..abang pn..eh..aku pun...
kawan ari tu bagi 2 plastik sampah rambutan..lesap 2 malam je..
Angie ooii..!!
Kalau tak boleh abiskan, antor je ke rumah mama... terutama pisang tu. Mama suka buat cekodok!!
uit..nak milo tu..bestnye kawan ko tu ekk...
.
.
errrrrrr...kawan laki ke pompuan ni..hehhehe...
sampai hati ko habiskan sendiri. Tak bagi aku pun. Malam tadi aku ada kat area rumah ko huhuhu
cik gula-gula,
ooo.. ye ke?? kita tak kisah kaler apa.. asal rambutan, sume feveret.. yg hitam lisut pun balun gak.. hihihi :D
kak rose,
errr... kaaannnn
hihihi... bila la nak dpt pakai kebaya pinggang 24 tu balik.. haiihhh ;P
pn kompius,
ko takpe laaa... takde shape pun, ada isi di dlmnya
.
.
aku??
ada isi gak... tapi..................
hahahaha
eiba,
apa alamatnya?? skrg gak aku gi!!
huhuhu.. mementang la jauh.. berani la ajak eh... :P
umah abah ai ade pokok moktan gading tu... moktan merah pon ade... hohohohohoh :D :D
time berbuah, jenuh nak ngabiskan... heheheheheh :D :D
pisang cekodok? apekah? aku suka guna pisang emas atau pisang berangan je buat cekodok... pisang yang ko tunjuk tu mungkin pisang embun kateku memandai... hahahahah :P :P
al-lavendari,
oh... maaf. Tak sengaja membelit tuan dgn mslh ini..
tak mengapa, sy akan cuba beri petunjuk agar terungkai segala permasalahan tuan ini. Insyaallah:P
.
.
begini, adapun utk tuan melihat niat si pemberi, perlulah tuan buka mata... (besar2)
tetapi,
sebelum itu, tuan haruslah meminta kerjasama drpd si pemberi itu... mintalah bantuan darinya utk menulis apakah niatnya memberi hadiah kepada tuan di atas kertas atau di mana2 yg boleh tuan baca atau di atas barang yg diberinya itu.
Contohnya, si pemberi memberi pisang,
bolehlah dia tulis ; sahaja aku memberi pisang ini kepada tuan al-lavendari sebanyak 2 sisir kerana ingin mendapat perhatiannya.. mudah2an, terbuka hatinya utk menerima sy sbg menantunya.
Oh.. ini contoh saja ya..
Si pemberi itu boleh juga menulis niatnya utk menjadi menantu tuan itu di atas pisang itu.
Dengan itu, dapatlah tuan melihat niatnya itu. Dapat lihat kaaaann?? ;D
Harap, penerangan sy ini dpt membantu tuan utk melihat NIAT selepas ini dan masa akan dtg.
Oh. Maaf jika penerangan ini telah mengambil masa tuan. Memang panjang sikit. Sy tak pandai short cut ;D
ada apa2 masalah lagi??
al-lavendari,
terima kasih kerana memaklumkan hal ini..... walaupun rambutan sudah solosai, ttp perjuangan sy belum solosai.. sy akan tggu pokok itu berbuah lagi..
.
.
.
.
harap2 buahnya selepas ini adalah kereta bmw atau porsche sy akan ambil smpi habis.. licin.. pastu jual.. pastu dapat duit byk... yeay!!
tuan jgn menyesal... oh... pokoknya , sy akan tinggalkan utk tuan.. jgn takut ;D
sementara ko nak jawab komen aku tadi aku nak tanya: Mana pergi Juliet. Dah beberapa hari ni tak dengar berita dari dia? Kirim salam kat dia ya.
zonaku,
ko memang... tau makan je! :P
.
.
meh ajak aku gi umah ko... takyah pki galah.. aku bole panjat... muahahaha... bestnya!! dah terbyg2 dah aku kat atas pokok smbl menikmati rambutan merah itu..
oh... kaler apa pun rambutan itu, aku tetap suka..asal saja dia berambut... apakah??
hahaha
abg (:P) HEMY,
citarasa kita sama... ada jodoh nampaknya... apakah??
hihihi..
klu aku ada, kompem buah 2 plastik tu habis 1 malam je..
muahaha ;D
mama tie,
wokeh... no problema nak anta tu...
tp takutnya yg sampai tu, kulit pisang je... tengah jalan dah penyek..
;D
cekodok buatan ibu sgt sedap... buatan mama pun tentu sedap ;D
asleenda,
milo tu dia tanam sendiri... percayalah.. hahaha...
errr.. bulan posa tak baik menipu KTS... ;D
ok. Tipu!
milo tu mak dia yg tanam.. hahaha
.
.
errr.. kawan laaa.. tak kira lelaki ke pompuan, yg penting, kawan... ;D
YB,
sume tu ada lagi laaaaa.. bila masa nak makannya.. baru je dpt pagi tadi.... jemputla dtg malam ni.. ;D
juliet ada... tp dia bizi buat kuih raya.. nak oder?? berani ke??
hahaha
ok.. juliet kirim salam balik.. dgn pesanan;
kenang daku dlm terawih mu...
;D
ada apa2 ke dgn juliet?? :D
pn syah,
errrr.. iye ke umah abah yu ada pokok moktan??
ai tak boleh dgr pasal moktan ni.. teruja giler!! serius!! kalaulah umah aku ada pokok ni... ari2 aku duk di atasnya... best best best.. errr.. takde kerengga kaaan kat pokok rambutan ;D
bila berbuah nanti, kabar2 la kat ai ya... nak panjat pokok tu dgn incik firdaus.. tentu lomentik.. auwwww
hahaha
pisang emas yg best buat cekodok kaan.. err.. pisang embun?? baru ari ni kudgr namanya.. hahaha
tadi tengahari dah bawak balik, ibu aku ckp tu pisang rastali... tp gumukksss gila kaan.. selalu aku jumpa pisang rastali yg cekeding je... yg kawan aku bg ni terlebih zat gamaknya ;D
ha ha benih mula ok gak tu, kat belakang romah ayah aku banyak di tanam benih milo
sila pos semua buah2 itu... bersedekah itu amalan mulia tau byk pahala ;)
pisang2 tu nampak da ranum...musti manis bangat...alang2 boleyy laa buat cekodok pisang lpas nie...
kalo rajin & larat...
hehehe (^v^)
p/s:tp hadiah nie lihat pd rasenye...kalo maniss baru terasa sayangg...kene makan sampai habis!!hehe (^v^)
pisang cekodok...hah,sgt menarik...
erkk...aku pun mau 'buah milo' tu..xmo plastik2,nak yg tin aje ok...
Manira,
saya belum ucap selamat berpuasa.
semoga kamu sihat dan comel2 selalu.
psttt...saya suka rambutan.
macam mana nak kenal bentuk pisang wehhhh? aku tak pernah kenal pisang. aku tak pernah tahu pisang jenis apa, ada yg blh goreng, ada yang tak T_____T kalau lekat sticker kan senang
Salam...
Tak guna memberi hadiah yang mahal semata-mata niat nak menunjuk-nunjuk.. Lebih mulia hati orang yang memberi hadiah dengan niat yang ikhlas biar apa pun nilainya...
Hmm.. Kat mana nak dapat benih pokok Milo tu ye..?? Kalau dapat tanam tak payah beli dah.. Hehe..
alaaa ko ajak2 ayam aje. Penat aku tunggu lepas terawih malam tadi tapi ko tak call pun.
Pandai ke juliet tu buat kuih? Setakat menggoreng pisang pun hangus.
Tak berani aku nak order tapi raya nanti kalau dia jemput, aku datanglah ke rumah dia. Dan rumah ko jugak.
Buat apa bertenggek atas pokok moktan hari-hari? Bukannya berbuah hari-hari terus masak pun... Lagipon pokok moktan banyak kerengga...
salu incik Firdaus laa tulong kait buah... dua tiga baldi dikaitnya... aku tukang kutip masuk baldi jaa... Heheheheheh :D :D
ktsku...
Makanlah buah2an tempatan.
tapi den ada kemusykilan...
bagaimana orang dulu2 menamakan jenis buah.
terutama jenis2 pisang...
Ekao ado kesahnya?
anjang,
errr... mungkinkah kamu sekampung dgn kawan ku?? ada benih milo??
hikkkssss :P
iina,
arahan diterima. Roger n out.
Sila tunggu posto di depan rumah skrg. Ya! sekarang!
:P
cimon,
mmg manis banget pisang tu.. separuh dah abis buat cekodok.. tggl pisang abu je lagi...
rajin kaaannn.. errr.. ibu mmg rajin.. hihihi
.
.
klu masam pun sayaaaang juga ;D
mendatak hijau,
kawan aku sdg cuba usahakan mencari benih milo tin pula.. aku pun dah tak sabar ni.. 5 kg punya
hahahaha
iris,
salam ramadhan utk kamu juga..
manira comot selalu.. comel tak selalu.. ;D
rambutan mmg beshhhh ..
yonna,
ko tak cakap pun aku dah tau ko tak kenal jenis pisang..
T______________T
hahaha...
aku dah reti sikit2... berkat tunjuk ajar abg pisang... bebaiklah dgn abg pisang.. tentu ko kenal jenis pisang...
hiiiiii
;D
far_red,
ya betul. tp kita tak kisah klu org nak menunjuk2 bg hadiah yg mahal2 kat kita.. hihihi... dasar! ;D
berminat dgn benih milo tu?? bolehlah berurusan dgn kwn kita... Ok. Tipu!:P bolehlah berurusan dgn giant atau mana2 pasaraya atau kedai runcit.. hihihi
YB,
alaaaaaaa... datang je la... takkan nak tunggu aku kol dulu kot.. dtg je.. rumah ai sentiasa terbuka utk yu..
hihihi
YB lagi,
errrr... juliet kata, bila masa dia goreng pisang smpi hangus??
.
.
dia tak pernah goreng pisang la!
hahaha..
tak order kuih, takleh dtg rumah! :P
pn syah,
laaaaaaa... bertenggek atas pokok hari2 tak semestinya nak makan buah dia hari2.. bertenggek cari idea nak buat entri laaa.
hahaha... :P
kalau kawan ngan kerengga, ada kemungkinan pinggang mcm kerengga tak??
:D
incik firdaus kait je?? ingatkan panjat! bole ajak panjat sesama :P :P :P
.
.
ko duk bawah, kutip dendiam :P
munsyiku,
buah2 tempatan ado musim.. takleh makan selalu ;D
.
.
kisah namo buah??
kalau namo pisang, nanti den sms atau pegi terus tanyo kek abg pisang tu yo... dio baik ati ;D
tungggguuuuuu
Post a Comment