Thursday, August 12, 2010

Lumut melekat tak pada batu yang bergolek??


Ini batu.


Batu ini berlumut. (yang warna hijau tu lumut namanya, ya adik-adik) 
Dan ya, batu ini tidak bergolek. Sudah lama tidak bergolek. Setakat ini, tak pernah nampak lagi batu ini bergolek.




*********************


** Cerita batu bergolek itu **

Terserempak dengan batu bergolek seorang kawan di hadapan pasaraya besar. Sudah lama tak jumpa kawan ini. Beberapa bulan rasanya.


"Buat apa kat sini?" soal kawan.

"Nak buat apa lagi kat pasaraya ni, mandikan harimau laaaaa.... " jawab aku sambil menolak ke tepi, troli yang penuh barang-barang.

Lebar sengihan kawan. Entah apa yang lawaknya. :P
"Kerja kat mana sekarang?? Dia sambung soal lagi.

"Kat tempat dulu lagi."

"Haaaaaaa! Kat tempat lama lagi??" soalnya dengan ekspresi konon-konon terperanjat.

"Ya! Kat tempat lama."

"Betul ke. Tak tukar-tukar tempat kerja??" ekspresi masih konon-konon terperanjat.

"Ya. Kenapa?? Nak kena tukar tempat kerja setiap bulan ke??"



:P



*******************


Ini juga batu, ya adik-adik.


Tetapi batu ini tidak berlumut; walaupun batu ini tidak bergolek;




walaupun jirannya batu yang penuh dengan lumut.


Apa agaknya kriteria yang dipilih oleh lumut untuk melekat pada batu, ya??


Hurrrmmmm... Batu yang tidak bergolek pun tidak dilekati lumut, apatah lagi batu yang bergolek kaaan. Errr.. Entahlah. Aku tak pernah bertembung dengan batu yang bergolek lagi.

Oh. Kalau kamu ada bertembung dengan batu bergolek, tolong tengok-tengokkan ya, ada tak lumut melekat pada batu itu. Kalau boleh ambilkan gambar, lagi bagus. Terima kasih. ;D

37 sempurnakanku.....???:

Yunus Badawi said...

Dulu lama aku tak bergolek. Bila lumut dah penuh baru aku bergolek hehehe

Yunus Badawi said...

Aku tahu ko sayangkan apek tua tu sbb dia rajin belikan ko hadiah setiap kali dia keluar negeri.

Yunus Badawi said...

Kalau ko nak kerja dgn aku, masih ada jawatan utk ko tu. Bulan puasa ni pun boleh mula. Raya ada cadang nak bagi staf aku bonus tau ngeee

Yunus Badawi said...

oklah 4 cukuplah. Nanti kena denda RM1000 susah pulak walaupun tak kena jel ngeh3x

far_red said...

Salam..

Hmm.. kalau batu yang dah ada lumut saya tolong golekan dia boleh kira ke?? :)

syah shah said...

orang kata tak... tapi aku tak pasti... sebab batu yang bergolek tu, takkan dia sentiasaaaaaa bergolek... sooner or later dia pasti berhenti bergolek jugak, kan?

aku bajet, batu yang tak bergolek yang takde lumut dalam cerita ko ni sebab batu tu baru lagi taruh situ... tu pasal dia tak berlumut lagi... blom cukup tempoh... hihihihihihi :P :P

Ku Tak Sempurna said...

YB,
oooo.. patutla ko selalu gelak smbl golek2.. rupanya bdn penuh dgn lumut.. ish ish ish... ingatkan batu je yg dilekati lumut :P


hikkssss






YB lagi,
errr... balang cainis maaaaaaaanyak mulah...

kata apek tua itu... hahahaha







YB lagila,
Bonus?? errrr.... klu bg kat bukan pekerja pun ok gak.. byk pahala tu...
hihihi





YB lagilagi,
kata BUNG, tak kena jel tu 'rahmat bulan ramadhan'

alah... apala sgt seribu tu berbanding isteri muda, kaaaaannn... ok.. ko syg mak adam.. :P

hikkkkssssss

PnConfused said...

keh3...


kalo asek bergolekja, langgar dek batu len bleh pecah gak bebeh...


nak bergolekpun berpada2, xmo bergolekpon.. sndr mau ingatlahhhhh.. :)

Ku Tak Sempurna said...

far_red,
errr... boleh kot. Eh... tak boleh... mana aci camtu :P

hahaha






pn syah,
iya ke akan berhenti bergolek?? mana ko tau?? ko berjiran dgn batu bergolek tu ke?? atau ko pernah jd batu bergolek?? hihihihi :P



bajet ko tak betul... batu tu dah lama kat situ.. dah cukup haul kata org itali..

hihihi

DrSinga said...

rock and roll no green green plant...

Ku Tak Sempurna said...

pn kompius,
kat mana batu tu bergolek ya?? teringin nak tgk

hahaha... soalan sengal..

apa2 pun, buat baik berpada2.. tak gitu... ;D eh eh eh.. bergolek biar berpada2... kaaan

cimon said...

lumut tu mcm tuah jugak lar kot...

walaupun ddk2 sebelah2 kat opis, tp tuah (bonus/kenaikan gaji) berbeza2 jugak

*mcm terlari topik*

hehe (^v^)

p/s:batu tu mcm besar jek, cam susah je nak golekkan

Yunus Badawi said...

kalau aku bagi 'bonus' kpd non-staff takut ada yg salah sangka. Ko gunakanlah kunci ko tu pada yg mengharap huhuhu

al-lavendari said...

lepas ni saya nak pergi Lumut mengutip batu.

kat Batu Caves banyak lumut ke ?

soalan n3 lepas juga sudah di jawab.

PnConfused said...

time tnh runtuh banyakkkkkkkkkkkkk batu bergolek...


ko nk tgk?? try la tunggu... aku nak lariksssssssss

luahfikiran said...

Salam,
Bergolek tak suka, berlumut pun LF tak mahu ! Biar terletak di satu tempat tetapi memberikan manfaat !

Zaitun said...

Batu kalau dah terdedah dengan matahari dan hujan,lambat laun pasti berlumut tapi tak semestinya bergolek.

julietchun said...

lumut pun pandai pilih batu utk tumbuh :P

syah shah said...

adakah batu itu sama lama dengan batu kat sebelah dia? hohohohoh :P

ckLah@xiiinam said...

Peribahasa:
Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut
Maksud;
Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya.
Mesej:
...pindah2 kerja tak apa. Jangan pindah2 tempat makan. Bahayo!

Ku Tak Sempurna said...

DrSinga,
sebut rock n roll terus terbayang elvis presley.. dgn baju ijo ketat lip lap lip lap... hesshhh... ;D




cimon,
ehhhhh... mana ada terlari topik.. terjalan topik pun tak... hihihi

hurrrmmm.. lumut tu tuah.. tuah tu lumut.. errr.. agak2 hang tuah pernah smpi lumut tak??
eh eh eh.. tanya org plak..

hikkssss


p/s : mmg susah nak digolekkan.. sbb bentuknya tak bulat.. bersegi2

Ku Tak Sempurna said...

YB,
apa kaitan bonus ngan kunci plak??

huhuhu... klu taknak bagi, ckp je la taknak bg... takyah bg alasan byk2... tedekut!! :P





al-lavendari,
nak ikuuuuuuuuuuut gi lumut!! ;D

.
.

kat batu caves, batunya berkapur.. tak berlumut... ;D

Ku Tak Sempurna said...

pn kompius,
tanah kat mana yg nak runtuh??

.
.


errr.. sbb aku nak larikkksss dulu..

hahaha







Luah fikiran,
bergolek taknak, berlumut pun tak nak??
tapi nak bermanfaat...

errr.. batu bersurat lah paling sesuai jawabnya...

:D

Ku Tak Sempurna said...

kak zai,
ooooooo... macam tu..

kalau kepala batu?? sama gak ke??

hihihi






cik juliet,
"ko ingat ko je yg pandai??" kata lumut itu kepada juliet

:P
:P
:P

Ku Tak Sempurna said...

pn syah,
petang nanti, aku akan cuba soal siasat pada batu2 itu.. rasa2nya sama lama.. klu berbeza pun, sehari dua saja..

;P





ckLah,
pindah2 tmpt makan, kawin baaaaaaaanyak2..
hikkssss

iina said...

Apa lak kaitan batu bergolek berlumut dengan ko tak tukar keje walaupun setiap bulan????

Aku rasa ko kena p lumut perak.. ko p tgk batu kat situ ada yg bergolek2 tak

Yunus Badawi said...

2 ayat aku tu menjawab soalan ko lah. 2 perkara yg berbeza. Cuba ko tengok balik.

Kalau tak jelas, call akulah.

Catwoman said...

KTS.....

Itu batu, balang dali cainissss aaaaa??? Manyak cantikkk ooooo.....

:)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

memang kena checklah lepas ni..

kucingorengemok said...

orang putih kata tak boleh (a rolling stones gather no moss)... tapi aku tak berapa putih jadi tak pasti

raya ni buat tema baju hijau lumut cantik gak kan, ada tak orang nak ingat aku batu setongkol nanti?

me3n said...

Entri sinis terbaek! ;p.

Ku Tak Sempurna said...

iina,
errr... byk kaitannya.. sbb aku suka makan jambu batu... haaaa... kan berkait tu :P


nak g lumut ngan ko.... jom laaa :P




YB,
mmg tak jelas... klu kol mak adam ok tak??

Ku Tak Sempurna said...

zyma,
batu cainis warna hijau juga... tapi namanya bukan lumut, namanya jed... maaaaaanyak lawa.. maaaaaaanyak mahat

;D





azrina,
tolong cek kan eh.. terima kasih. ;D

Ku Tak Sempurna said...

kucingorengemok,
oooooo... macam tu kata org putih eh.... tp batu kat ngr org putih lain drpd batu kat ngr org tak berapa nak putih ... ;D


klu ko bergolek2 ngan baju ijo lumut tu, mungkin org akan ingat batu dua tongkol


.
.
oppppsssss... larikkkssss

:P

Ku Tak Sempurna said...

me3n,
errrr... **MALU**
jgn la puji ai... apa pun terima kasih.. ;D

hihihi.. tak la terbaik pun sbnrnya... :D

Yunus Badawi said...

Emak Adam kata boleh kol malam ni lepas terawih. Kalau nak pergi terawih sama2 pun boleh ahaks

Ku Tak Sempurna said...

YB,
ok.. suruh mak adam dtg terawih sini... bole terawih sama2..

;D