Ini budak kecil di atas pacuan tiga roda miliknya.
Comel kaaaaaan... Errr.. Ya! Tau. Bukan makciknya yang comel. Eh Eh Eh :P Tapi pacuan tiga roda itu yang comel. Bukan saja comel, malah hebat. Ya... Tau lagi. Bukan makciknya yang hebat. Eh Eh Eh lagi.. :P
Apa yang hebatnya??
Pacuan tiga roda ini mempunyai butang-butang ajaib. Apabila ditekan butang-butang ajaib itu, segala permintaan kamu akan ditunaikan pelbagai bunyi-bunyian akan keluar. Ajaib lah sangat tu :P Ada bunyi kucing, anjing, lembu, burung, dan segala jenis siren dan ada juga lagu Datuk M.Daud Kilau kanak-kanak. Hebat kaaaaan?? Hebatlah sangat tu :P
Ok.
Pada suatu hari, dalam pukul 8 petang (??), budak kecil ini menunggang pacuan tiga rodanya di hadapan rumah nenek. (menunggang di sini bermakna, duduk di atas pacuan tiga roda dan memaksa mengarah makciknya menolak pacuan tiga roda itu tanpa henti. Kejam! :P Budak kecil masih tak pandai menggerakkan pacuan tiga rodanya. Harap maklum)
Ketika sedang khusyuk menunggang, lalu seorang anak manusia. Budak kecil pun menekan butang ajaibnya. Sebaik mendengar bunyi-bunyian itu, anak manusia yang tak perasan kewujudan budak kecil, pacuan tiga roda dan makciknya kerana gelap, terus menoleh ke kiri, menoleh ke kanan, menoleh ke kiri semula, menoleh ke kanan semula dan dengan gabranya mengangkat kain hingga ke paras lutut dan melarikan diri. Sangat comel aksinya itu. haha ;D
.
.
Ne Nong .. Ne Nong.. Ne Nong...
Opocot!!
Waduh Neng! Bukan pak polisi yang sebenar!! Kok begitu sekali takut kamu?? :P
Serius, bunyi siren polis pacuan tiga roda milik budak kecil ini sangat kelakar. Takdela macam bunyi siren polis yang betul pun. Haaaaaiiiihhhh.. Neng, Neng... Apakah?? :P
Ya. Takut tak semestinya kerana SALAH!
Berani juga tak semestinya kerana BENAR!


28 sempurnakanku.....???:
tertipu neng tu ye..neng nong tol..
Ya ampun..takut banget mbak ni neng!
:)
serupa cam anak YB punya je aku tengok... well, almost...
tapi itu dulu, dekat setahun dulu aku tengok... hahahahah :P :P
mmg tergelak bila membayangkan budak itu lari sambil angkat kain...ke makcik nya yg lari sambil angkat kain? hihihih
haaaaaaaa.......
kus semangat!
cakap ajelah ko nak suruh kami kata makcik budak kecik tu hebat hehehe
butang ajaib tuh cute!
slamat beribadah puteri KTS...
moga terus peroleh rahmat, hidayah serta petunjukNYa..
:-)
kehkehkeh..
nak beli sebijik pacuan roda 3 macam tu..
kalau aku yang naik,mesti nmpak comel...hehehe...
.
.
.
sile terima hakikat...
hihi. ni kalo ada depan mata lagi besh tgk budak tu lari angkat kain.
Sian die. :)
Salam KTS......
Wakakakakakaka......serious kelakar n3 ko kali ni.
Budak kecik tu patut tekan butang ajaib yg ada bunyi anjing.....neng tu mesti lari lintang-pukang punya sbb dia mesti ingat ada anjing kejar dia.
:)
cantik gmbr..
Aku syak ko bunyikan siren itu berulang kali kan.. sajalah tuh.. xbaik tau kurang pahala puasa
setuju, takut tak semestinya kerana salah tetapi yang sahihnya takut kerana orang itu memang penakut.
kiraan awak tentang perkataan sejuk yang digunakan dalam entri itu, tak berapa tepat !
sakan kts
boleh modify jadi bunyi mis mina tak...he he he
mesti takdek permit tuh!
haha..
hahahahaha tergelak2 aku duk membaca n3 ko nehhhhh
makciknya yg tolong gerakkan pacuan 3 roda tu ade lesen tak? nie...boleyy kene saman nie...
hehehe (^v^)
p/s:ko saje tekan bunyi hon tu kan?
hemy,
neng tertipu! neng tertipu!
;D
pn syah,
eh.. ni pun anak yb gak..
hihihi..
ok tipu :P
fara,
makciknya lari angkat baju.. ihihi ;D
zonaku,
ada org yg mmg fobia ngan bunyi siren polis tau
;D
yb,
issshhhh.. mana ada ko suh ckp camtu.. org kalau dah hebat, dia takkan susah2 nak paksa org ckp dia hebat sbb dia mmg tau dia hebat
ahahahaha :P kan dah eksen :P
cik gula-gula,
makciknya??
ihihi
sifu mirza,
ya allah.. lamaya tak berhubung..
selamat mengimarahkan ramadan.. semoga sifu dpt keberkatannya..
amin
asleenda,
ya.. sgt comel klu ko naik.... sbb punggung tersangkut kat kerusi
comel sesangat
ihihihi :P :P :P
mawar,
haipp!! tak baik gelakkan org :P
hahaha... mmg comel neng yg larikan diri tu :D
zyma,
serius kelakar??
entri ni serius ke, entri ni kelakar??
ihihihi
bunyi anjing macam dah 10 hari tak makan ;D
nurayunni,
ambil gambar guna henpon je...
iina,
tak baik syak wasangka kat aku tau!! :P :P :P
aku kan budak baik.. tak suka kenakan org... klu org tu adalah ko, errrmmmmm... MMG AKU AKAN KENAKAN!
hihihi :P
al lavendari,
terima kasih kerana bersetuju... tetapi sy kurang bersetuju bila tuan kata takut org itu kerana dia penakut??
ada bukti sahihkah??
;P
azani,
klu sy modify, mungkin jd miss ct nurhahiha... tp klu awak modify, mungkin boleh jd mis nina tu :D
azrina,
oooppppsssss...
hihihi
pn kompius,
gelak jgn smpi bergegar satu badan.. kang pelik baby dlm perut tu
;D
cimon,
makciknya ada lesen pacuan 7 roda je.. 3 roda punya tak ambik lagi.. sbb makciknya kata "ek ellleeehhh.. apa kelas 3 roda :P"
eksyen kan makcik itu
ihihihi
p/s : saya tak bersalah dlm hal ini :P
sedih...dia tk nmpk kemunculanku di ats...nk merajuklah....
:)
ckLah,
ya ampuuuunnnnn!!
inilah jadinya klu line teruk sangat.. asik taip komen ... byk kali komen tak kuar2... last2 yg kuar, tak cukup sifat.
sorry neng... eh... sorry mbak.. eh.. sorry ckLah...
ampunkan sy penunggu gua! ampunkan sy penunggu gua!
bulan posa jgn marah2 tau...
mainan budak2 semuanya fantasi je lebih weh hahaha
Post a Comment